Industri muzik tempatan bakal menerima kejutan apabila penyanyi berbakat, MoShark, mengumumkan kolaborasi bersama ahli kumpulan rnb dan pop, Nine Phyne Ballerz. Kerjasama ini sedang melalui proses pra-produksi dan dijangka menghasilkan sebuah karya yang lebih matang, unik serta berskala komersial.
MoShark yang lebih dikenali dengan kepelbagaian genre seperti pop, rock, dan balada, sekaligus menjadikan kolaborasi ini menarik untuk dinantikan. Gabungan suara emosional serta stail versatil MoShark bersama kreativiti dan energi Nine Phyne Ballerz dijangka memberi sentuhan baharu yang mampu menembusi pasaran muzik lebih luas.
Walaupun judul lagu masih dirahsiakan, projek ini dijangka akan menampilkan elemen muzik moden dengan gabungan gaya naratif lirik yang lebih mendalam serta susunan muzik yang relevan dengan pasaran semasa. Lagu istimewa ini dirancang untuk dilancarkan secara rasmi pada tahun 2026, termasuk strategi promosi meliputi platform digital, persembahan pentas dan kempen media sosial.
Peminat kini mula menunjukkan keterujaan terhadap kerjasama dua nama ini, dan ramai menjangkakan ia bakal menjadi salah satu karya yang mampu memberi warna baharu dalam industri muzik Malaysia.
Tahun 2026 bakal menjadi saksi, adakah kolaborasi ini akan meledak dan mencipta fenomena? Sama-sama kita nantikan.